8 Horror Movies that Made Me Lose My Nerve

This is a very old post from years ago, which I wrote but never posted on the old Storyboard blog.

The Chronological Failing Of My Fear Threshold

Or How 8 Horror Movies Gradually Made Me Lose My Nerve

My earliest memory of cinema is going to see Westworld with a bunch of kids from my neighbourhood when I was about five. I remember till today how Yul Brynner’s face was melted by acid to reveal the circuitry underneath. That disturbed a five-year-old no end. But it also fascinated me. From thereon began my journey into the heart of darkness, to speak in overdramatic terms. Or in simpler terms, I entered pants-wetting territory and never looked back. Here, in chronological order, is how my horror diet developed:

1. The Pontianak films (1970s on TV)

ponti3

An indelible image from childhood: It’s a moonlit night. A man walking in the jungle encounters an incredibly beautiful woman. He speaks with her for a while. Then she walks behind a tree, and when she reappears, she has transformed into a hideous monster – the female vampire known as the Pontianak.
My hair is standing on end even as I write this more than 30 years after. This is how much the Pontianak films affected me as a kid. And believe me, to a kid, these black-and-white films from the 50s and 60s are the stuff of endless nightmares. Made during the studio era of the golden years of Malay cinema, these movies fed on our fear of the Pontianak, a folkloric creature said to be the spirit of a woman who died during childbirth. The only way to destroy her is to drive a nail into the back of her neck.

The first Pontianak film ever made, simply titled Pontianak, in 1957, is no longer in existence. The story is that Cathay Keris owner Ho Ah Loke threw the prints of the movie into a mining pool due to, of all things, lack of space in his home! But some years ago, I was very fortunate to have met and spoken to screen siren Maria Menado who played the titular vampire.

2. Jaws (1975)

jaws

OK, so this isn’t really a horror movie. But it scared enough people into staying put on land. I wasn’t scared; I was more intrigued by a giant shark gobbling up people on a small island. Jaws was probably my first taste of B-movie goodness; I was still a kid back then. Suffice it to say, I found it as delicious as Bruce the shark must have found Quint equally delectable in that famous gobbling scene. By the way, that was the only scene that scared the hell out of me. The rest was just wide-eyed wonder. Yes, including the severed leg. Jaws has since become one of my all-time favourite movies which I watch at least once a year.

3. Toyol (1981)

toyol

The toyol of Malay folklore and superstition is literally an LGM (little green man). But no, he’s not from Mars. The toyol is created from a dead foetus and fed with blood. It goes around stealing from neighbours for its owner. This movie, made in the 80s, was one of the horror flicks that made me soil my pants when I first saw it. Unfortunately it’s also one of those horror films that don’t hold up well against time. Seeing it again now, it’s just not that scary. The pacing is all wrong, with long, useless scenes, too drawn out for their own good. Then there’s the bad dubbing and cheesy music, and inconsistent lighting. But it remains the only film about the toyol ever made in Malaysia. You can actually watch the entire film on YouTube (no subtitles though).

4. Hong Kong and Taiwanese horror (80s)

mrvamp
There was a slew of Hong Kong and Taiwanese horror films on TV when I was growing up in the 80s. They’re very vague in my memory now, but I do recall staying up really late into the night to catch these movies, sometimes with a parent’s company, and in the worst case scenario, all alone with the ghosties. These were the days of ghosts with green faces. One movie I particularly remember features a female ghost playing the piano in the middle of the night. And there’s a comedic scene where a ghostly hand comes out of the toilet bowl to give a guy toilet paper. If anyone can identify this movie, please do let me know what it is. Then of course, there’s Mr Vampire, the ultimate horror-comedy that manages to elicit equal amounts of scares and laughter. It still is very entertaining on DVD today.

5. The Omen (1976/1981)

omen
I didn’t see it when it first came out in 1976. It was only in 1981, when Omen III: The Final Conlfict came out, did I finally see it, because the cinema in town played all three Omen films for three consecutive days. I remember it got very, very, VERY cold in the cinema during the scene with the dogs in the cemetery. And when the decapitation scene came on, my jaw was literally on the floor. Years later, I couldn’t believe Lethal Weapon was directed by the same guy who did The Omen – Richard Donner.

6. Ringu (1998)

ring
This came at a time when I was rather jaded with horror films. Nothing really scared me anymore, and I couldn’t get my proper horror fix. Then I heard about a little horror film from Japan with a rather scary-looking poster. I got a copy, switched off all the lights in the living room, and watched it alone in the dark. Big fucking mistake. When it was over, I couldn’t move, couldn’t get out of my chair to switch on the lights. I remember going straight to bed; I can’t recall if I switched off the TV. But I must have, because no way in hell would I have left the set on in the middle of the night after what I saw. Then I spent the rest of the week suspiciously glancing at my TV every time I passed it. Thank you, Sadako, for renewing my faith in horror.

7. Kairo (Pulse, 2001)

kairo
This was the first Kurosawa Kiyoshi film I’d ever seen, and I caught it at the Singapore International Film Festival at a midnight screening some years ago. At the time, I was staying alone at a small hotel across the road from the main festival venue. The screening was great; the crowd squealed and screamed. And then I had to go back to my hotel room. That was when the real fun began. I spent the night wide awake, watching the shadowy corners of my hotel room, and began noticing a black splotch on the wall that didn’t exist.

8. The Eye (Gin Gwai, 2002)

eye

This is still the only horror movie I cannot, absolutely cannot, watch alone. If there is a movie that really, truly takes its scare cues from Asian superstitions and beliefs, The Eye is it. It has everything that anyone growing up in Asia listening to ghost stories and urban legends will be familiar with. So, please, don’t make me watch it alone. Please, I beg of you! Please … no … no … noooooooo!!!

 

 

Bagaimana 8 filem seram menyebabkan saya hilang keberanian

Pertama kali saya ke panggung ialah untuk menonton Westworld, bersama jiran-jiran semasa saya berumur 5 tahun. Sampai hari ini, imej muka Yul Brynner dicairkan asid yang mendedahkan muka robot sebenarnya masih segar dalam ingatan. Ia menghantui saya pada masa itu, tetapi juga membuat saya tertarik. Maka bermulalah penerokaan saya ke dunia filem seram. Sejak hari itu, saya tidak pernah berpatah balik. Ini dia senarai filem-filem seram yang membentuk citarasa saya, secara kronologi:

1. Filem-filem Pontianak di TV (70an)

Imej yang tidak boleh saya lupa: Malam bulan mengambang. Seorang lelaki sedang berjalan seorang diri di hutan dan mejumpai seorang perempuan cantik. Mereka bersembang seketika. Kemudian, perempuan itu berjalan ke belakang sebatang pokok, dan bila dia muncul semula, dia telah bertukar menjadi pontianak yang hodoh.

Walaupun 30 tahun sudah berlalu sejak saya menontonnya, meremang lagi bulu roma bila mengingati adegan itu. Itulah efeknya yang tidak pudar-pudar. Filem-filem hitam-putih era 50an dan 60an ini sangat menakutkan buat seorang budak kecil macam saya pada masa itu. Dihasilkan di era kegemilangan sinema Melayu, filem ini mengeksploitasi ketakutan orangramai terhadap ikon dari mitos seram yang mengisahkan seorang perempuan yang mati semasa melahirkan anak. Satu-satunya cara untuk menghapuskan pontianak ialah dengan memaku tengkuknya.

Filem Pontianak pertama yang dihasilkan dalam tahun 1957 kini tiada lagi. Ia kerana Ho Ah Loke, pemilik Cathay Keris, membuang filem itu ke dalam lombong sebab tidak ada ruang di rumah untuk menyimpannya. Beberapa tahun dahulu, saya sungguh bernasib baik dapat bertemu dan berbual dengan Maria Menado yang berlakon sebagai pontianak dalam filem itu.

2. Jaws (1975)

OK, ini bukan sebuah filem seram sebenarnya. Tetapi ia cukup menakutkan sehingga orangramai enggan ke laut. Saya bukan takut tapi tertarik dengan idea seekor jerung besar yang memangsakan para penghuni sebuah pulau. Jaws memperkenalkan saya kepada “keenakkan” dunia filem B-gred. Kesedapan yang dinikmati jerung itu bila membaham si Quint, itu juga kesedapan yang saya nikmati “membaham” filem-filem B-gred. Bagi saya, hanya adegan Quint dimakan yang benar-benar menakutkan. Yang lainnya menggemparkan, seperti adegan kaki yang putus digigit jerung. Jaws antara filem-filem yang saya minati yang ditonton sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap tahun.

3. Toyol (1981)

Toyol itu sebenarnya seorang Little Green Man. Tetapi dia bukan dari planet lain. Toyol dijadikan dari mayat bayi dan dibela dengan darah, dan digunakan untuk tujuan mencuri. Filem ini, dihasilkan dalam era 80an, menyebabkan saya terkencing dalam seluar pertama kali saya menontonnya. Malangnya, filem ini kurang berkesan jika ditonton hari ini. Jalan ceritanya terlalu perlahan dengan terlalu banyak adegan yang sangat panjang dan tidak menyumbang kepada ceritanya. Juga, dubbing yang kurang baik, lighting yang tidak konsisten dan muzik yang “cheesy” sedikit sebanyak memnyebabkan cacat cela pada kualiti keseluruhannya. Tetapi ia adalah satu-satunya filem mengenai toyol yang dihasilkan di Malaysia. Anda boleh menontonnya di YouTube.

4. Filem-filem seram Hong Kong dan Taiwan (80an)

Waktu remaja saya dipenuhi dengan filem-filem seram dari Hong Kong dan Taiwan yang disiarkan di TV. Tak banyak yang saya boleh ingat, cuma masa lewat malam melayan filem-filem ini, kadang-kadang bersama ahli keluarga, tetapi adakalanya seorang diri. Yang itu keadaan yang paling teruk. Filem-filem ini selalunya “dibintangi” hantu yang bermuka hijau. Ada satu filem yang masih saya ingat, dimana hantu perempuan duduk bermain piano diwaktu malam. Juga ada adegan kelakar dimana tangan hantu keluar dari tandas dan memberi tisu kepada orang yang tengah buang air. Kalau ada sesiapa yang tahu tajuk filem ini, sila hubungi saya. Yang paling popular, Mr Vampire, filem komedi-seram yang terbaik yang menakutkan dan juga kelakar. Ia masih menghiburkan jika ditonton pada masakini.

5. The Omen (1976/1981)

Saya tidak sempat menontonnya semasa ia ditayang dalam tahun 1976. Hanya apabila filem terakhir trilogy ini, Omen III: The Final Conflict, akan mula tayang di tahun 1981, baru saya dapat peluang menonton The Omen di layar lebar. Ini kerana panggung di Klang menayangkan dua filem Omen yang pertama selama dua hari berturut, sebelum mula menayang The Final Conflict. Saya masih ingat lagi, panggung tiba-tiba rasa sangat sejuk semasa adegan dikejar anjing liar di kawasan perkuburan. Dan adegan putus kepala memang sangat sangat memeranjatkan. Sungguh saya tidak sangka yang pengarah yang sama, Richard Donner, mengarah filem Lethal Weapon beberapa tahun kemudian.

6. Ringu (1998)

Ada satu tempoh dimana saya rasa mual dengan filem-filem seram, sebab tidak ada filem seram yang mampu menakutkan saya lagi. Waktu itulah munculnya sebuah filem seram Jepun yang diperkatakan orangramai yang posternya nampak amat menakutkan. Saya pun terus mencari, dan akhirnya jumpa juga VCDnya. Saya padamkan semua lampu dirumah, dan menontonnya seorang diri dalam keadaan yang gelap gelita. Aduh, satu perbuatan yang bodoh! Selepas tamat filem itu, saya langsung tidak dapat bergerak sebab terlalu takut. Saya terus lari ke bilik tidur, tidak ingat lagi sama ada saya sudah tutup TV atau tidak. Kalau difikirkan balik, saya pastinya sudah tutup TV sebab takut nanti ada benda yang keluar dari TV semasa saya sedang nyenyak tidur. Selepas itu, selama satu minggu saya rasa takut dengan TV saya. Terimakasih, Cik Sadako, kerana mengembalikan keyakinan saya terhadap filem seram!

7. Kairo (Pulse, 2001)

Ini filem Kurosawa Kiyoshi pertama yang saya tonton semasa tayangan tengah malamnya di Festival Filem Singapura. Pada masa itu, saya bermalam di sebuah hotel kecil seberang jalan dari panggung itu. Tayangan itu sangat berjaya, dengan para penonton menjerit ketakutan. Selepas tayangan, saya balik ke bilik hotel, dan masa itulah saya mengalami sepenuhnya elemen-elemen seram dalam filem itu. Saya tidak dapat melelapkan mata, dan setiap penjuru gelap seakan ada sesuatu yang akan keluar dan menghampiri saya. Saya dapat bayangkan ada sesuatu yang hitam di dinding, seperti dalam filem itu.

8. The Eye (Gin Gwai, 2002)

Ini dia satu-satunya filem seram yang saya tak berani tonton seorang diri. Memang tak boleh. The Eye menggunakan elemen-elemen tahyul dari benua Asia dengan sangat berkesan. Kalau anda dibesarkan di Asia, sudah pasti anda pernah dengar cerita-cerita hantu dan “urban legend” yang dipaparkan dalam filem ini. Jadi, tolong jangan paksa saya menontonnya seorang diri. Tolong … jangan … jangaaaaan … oh, tidaaaaaaaakkk!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s