Dabbe: Another (Better) Turkish Exorcist

Sila skroll ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

dabbe

Now, I’ve written about the Turkish knock-off of The Exorcist back in June last year. Back then in the 70s, Turkey was famous for ripping off famous Hollywood blockbusters. But now, it seems Turkey has established its own original horror cinema that has gained international notoriety.

There is a certain Turkish horror movie that is spoken of in revered tones by members of a Facebook movie group I’m in. Almost everyone there swears that it’s the greatest and scariest horror movie ever made. And if you Google the title, you’ll find endless praises for the movie.

Of course, I knew I just had to check it out. I was fortunate to obtain a copy from an acquaintance, and watched it one night, alone with the lights off.

The movie is Dabbe: Cin Çarpmasi (Dabbe: Curse of the Jinn, 2013), written and directed by Hasan Karacadag. Its immediate and obvious influences are The Exorcist, The Blair Witch Project and Paranormal Activity. In fact, it plays like a three-way mash-up of these movies. But there are also moments when there are subtle nods to Italian classic horror.

dabbecin-carpmasi-2013-full-izle-473

Now, there are many Dabbe and Cin movies out there, and most are by the same director. And it would seem the director has built a universe of jinns – jinns that can be killed, jinns that are indestructible, different clans of jinns (although I don’t know how much of it is based on actual folklore and superstitions). Also, apparently all the other films, including the sequels, are not very good, and  Dabbe: Cin Çarpmasi is supposedly the best of the lot.

At the core of this found-footage film is the conflict between science and superstition. Ebru, a psychiatrist and skeptic out to document and debunk paranormal incidences and expose charlatan supernatural cures, is called by exorcist Farouk one night to witness and film an exorcism. She comes away still unconvinced, and decides that she would only document another exorcism if the possessed is someone of her choosing. Farouk agrees.

Kubra, Ebru’s friend, has been ill and doctors have not been able to cure her. Actually, “ill” is an understatement. Quite simply, Kubra turned demonic at her own wedding and stabbed her new husband to death in front of their party guests.

dabbe2

So, Ebru and Farouk head for Kubra’s home, which also happens to be next door to an abandoned cursed village. As Farouk tries to exorcise Kubra, he keeps failing and ends up with more questions than answers. The questions lead him to discover a connection between Kubra’s possession by a jinn and the cursed village. Here’s also where the story takes a slight turn into The Da Vinci Code territory with a little bit of religion and history and secret codes.

What’s most interesting about Dabbe: Cin Çarpmasi is that it’s a film made in Turkey, a country that has had a long, rich history of religions that go back centuries. It was central to Orthodox Christians during the Byzantine Empire; the Jewish community there was established since the days of Anatolia as a Roman province; and today Islam is the religion of 99% of the Turkish population. How does ancient superstitious beliefs and religions that have existed for centuries co-exist with science in the modern world?

dabbe-cin-carpmasi-2

In Dabbe: Cin Çarpmasi they end up in conflict, like the political conflicts in Turkey’s history. In the film, we constantly see people living in Greek mansions, a reminder of Turkey’s volatile past with Greece since the days of the Ottoman Empire. And contemporary Turkey caught in an increasingly unstable region that is akin to sitting atop a time-bomb, with struggles and clashes of centuries-old origins, serves as a constant reminder that the past always comes back to haunt the present.

In the film, there’s brief talk of the Apocalypse, and how modern technology is expediting the final destruction. And the idea of a past that never lets go takes the form of the cursed village and the long-term effects of human action or sins.

For a country like Turkey, all these elements in a horror film can resonate pretty powerfully.

So, is the film as scary as they say? It can’t be denied that Dabbe: Cin Çarpmasi has some truly imaginative ideas. There is a clever scene with a mirror that is both spooky and memorable, that somehow doesn’t deliver the image of a long-haired woman in a white dress as just another cliche. There is the very effective use of shadows and things moving just beyond the edge of light. Ebru’s and Farouk’s trek through the abandoned village at night is very, very suspenseful and extremely unnerving.

dabbecin-carpmasi-full-tek-parca-izle-276

Unfortunately, all this could have done without the found-footage idea, which is just plain hokey. The found-footage concept is always very limiting, for various reasons. For one, who in their right mind would still hold a camera and shoot straight while experiencing a moment of pure terror? There are a few moments in Dabbe: Cin Çarpmasi when the camera angles do not make sense within the found-footage idea. And then there are the scenes where the film just blasts your eyes and ears with a barrage of blurred images and noises, which only serves to disorient you rather than scare you. And of course, the very inappropriate use of music and sound that is totally not in line with the found-footage concept. These, and the story’s lapses in logic, took me right out of the film.

Otherwise, Dabbe: Cin Çarpmasi is a decent horror film that takes established concepts, tricks and ideas, and somehow manages to strip them of cliches and recycle them as watchable. Most of all, it creates moods and images that are not easy to forget, including some very meticulously set up one-takes. And especially notable is how the story grows from just a simple tale about possession into something with a bigger context, and how it shows us that the true face of human evil is far more terrifying than any supernatural beings.

A masterpiece it’s not, but it’s a fun horror movie that I imagine is a hoot when watched on a Saturday night with a bunch of friends.

 

VERSI BAHASA MALAYSIA

Bulan Jun tahun lepas, saya pernah menulis tentang filem ciplak Turki yang meniru The Exorcist. Di zaman 70an, sinema Turki memang penuh dengan karya yang diplagiat dari filem-filem Hollywood. Kini, nampaknya sinema Turki telah menghasilkan filem-filem seram dari idea sendiri yang mampu menarik minat dunia.

Ada sebuah filem seram dari Turki yang sering dipuji oleh para ahli sebuah group perbincangan filem di Facebook. Hampir kesemua ahli group itu menganggapnya sebagai filem yang paling seram pernah dihasilkan. Dan kalau anda google tajuknya, anda akan lihat betapa ramai yang memuji filem itu.

Sudah tentu saya terasa ingin menontonnya juga. Saya bernasib baik dapat meminjam filem itu dari seorang kawan, dan berjaya menontonnya suatu malam, bersendirian dan dalam bilik yang gelap.

Filem itu adalah Dabbe: Cin Çarpmasi (Dabbe: Sumpahan Jin, 2013), skrip dan arahan oleh Hasan Karacadag. Ia jelas dipengaruhi filem-filem seperti The Exorcist, The Blair Witch Project dan Paranormal Activity. Juga ada sedikit pengaruh filem-filem seram klasik dari Itali.

Ada beberapa filem Dabbe dan Cin yang diarah oleh pengarah yang sama. Dan pengarah ini telah berjaya mencipta suatu alam yang dipenuhi pelbagai jin – jin yang boleh dibunuh, jin yang tidak boleh dihapuskan, dan jin yang mempunyai berbagai puak (saya tak pasti yang mana betul-betul mengikut kepercayaan yang sedia ada). Dan mengikut kata para peminat filem, filem-filem Dabbe yang lain tak menarik seperti Dabbe: Cin Çarpmasi.

Teras cerita filem yang berkonsep found footage ini melibatkan konflik antara sains dan kepercayaan tahyul. Ebru, seorang pakar psikiatri yang curiga terhadap benda-benda tahyul, ingin mendokumen kejadian ghaib dan membuktikan ketidakwujudan benda-benda tahyul. Dia dipanggil oleh seorang penghalau jin bernama Farouk untuk menyaksikan dan membuat rakaman video tentang satu upacara exorcism. Selesainya upacara itu, Ebru masih tidak percaya dengan kewujudan alam ghaib. Farouk akhirnya bersetuju untuk cuba mengubati seorang yang dipilih Ebru.

Kubra, sahabat Ebru, telah lama sengsara kerana menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati. Sebenarnya, Kubra telah dirasuk jin semasa majlis perkahwinannya dan telah menikam mati suaminya dihadapan para tetamu.

Lalu Ebru dan Farouk bertolak ke rumah Kubra yang kebetulan berada bersebelahan dengan sebuah kampung yang terbiar yang dikatakan terkena sumpahan. Farouk cuba menghalau jin dari tubuh Kubra, tetapi menemui kegagalan setiap kali. Makin banyak persoalan yang timbul, yang akhirnya meyakinkan Farouk bahawa ada kaitan antara rasukan jin yang dialami Kubra dengan kampung terbiar itu. Disini juga, cerita Dabbe: Cin Çarpmasi seolah-olah mengikut gaya The Da Vinci Code dengan menggunakan agama, sejarah dan kod rahsia.

Yang paling menarik tentang Dabbe: Cin Çarpmasi, ia dihasilkan oleh negara Turki yang kaya dengan sejarah pelbagai agama sejak berabad-abad. Ia menjadi pusat untuk agama Kristian Ortodoks di era Empayar Byzantine; komuniti Yahudi bertapak disana sejak zaman Anatolia menjadi sebuah wilayah Rom; dan hari ini, Islam adalah agama yang dipeluk oleh 99% penduduknya. Jadi, bagaimanakah kepercayaan tahyul dan juga agama wujud bersama-sama dengan sains dalam dunia moden ini?

Dalam Dabbe: Cin Çarpmasi, mereka berkonflik, seperti juga konflik-konflik dalam sejarah Turki. Dalam filem ini, kita sentiasa melihat rumah-rumah bercorak Greece, yang mengingati kita kepada zaman silam Turki yang penuh konflik dengan negara Greece sejak zaman Empayar Uthmaniyyah. Dan Turki kini berada di rantau yang kurang stabil dengan pergolakan yang telah berlaku sejak berabad-abad dahulu, satu peringatan bahawa peristiwa dahulu mungkin kembali menghantui zaman sekarang.

Dalam filem ini, ada disebut tentang Apocalypse atau kiamat, dan bagaimana teknologi mempercepatkan lagi hala dunia menuju kiamat. Dan peringatan bahawa suatu peristiwa masa silam kadang-kadang belum tentu telah berlalu, tersirat dalam konsep kampung yang terkena sumpahan dan kesan jangka panjang perbuatan manusia dalam filem ini.

Dan untuk sebuah negara seperti Turki dengan ciri-ciri yang disebut di atas, elemen-elemen ini dalam sebuah filem seram memberi kesan yang sangat ketara.

Jadi, adakah filem ini betul-betul seram seperti yang dikatakan? Tidak dapat dinafikan, Dabbe: Cin Çarpmasi memang mempunyai banyak idea yang imaginatif. Adegan yang melibatkan cermin diarah dengan baik dan ia menakutkan dan terpaku pada ingatan, juga tidak klise walaupun menggunakan imej seorang perempuan berambut panjang dan berbaju putih. Penggunaan bayang-bayang dan benda-benda yang dalam kegelapan dan tidak berapa kelihatan, adalah sangat berkesan. Dan Ebru dan Farouk berjalan dalam kegelapan melalui kampung yang terbiar itu sangat seram dan terus melemahkan semangat.

Akan tetapi konsep found footage tidak perlu untuk jalan cerita sebegini, malah mengurangkan keberkesanan filem ini pada keseluruhannya. Konsep found footage juga boleh menjadi sesuatu yang negatif. Contohnya, orang yang sedang ketakutan tidak mungkin boleh pegang kamera dan teruskan penggambaran. Juga ada beberapa adegan dalam filem ini di mana camera angle tidak masuk akal dalam konsep found footage. Dan terlalu banyak detik-detik di mana penonton “diserang” dengan imej yang bergegar dan bunyi bising. Ini tidak menakutkan, hanya menyebabkan otak kita bercelaru. Lebih-lebih lagi penggunaan muzik dan efek bunyi juga tidak sesuai dengan konsep found footage. Semua ini, dan beberapa perkara yang tak logik dalam ceritanya, mengganggu konsentrasi saya.

Jika tidak, Dabbe: Cin Çarpmasi akan menjadi sebuah filem seram yang cukup bagus yang mengambil konsep dan idea yang sedia wujud dan menggunakannya dengan baik dan tanpa klise. Walau apapun, ia berjaya menghasilkan mood dan visual yang tidak mudah dilupakan dan melaksanakan dengan teliti beberapa adegan one-take. Yang paling menarik adalah cara ceritanya bertukar dari sebuah kisah kecil mengenai rasukan jin menjadi kisah yang mempunyai konteks yang lebih besar, dan menunjukkan kepada kita wajah manusia berhati kejam yang jauh lebih ngeri daripada segala makhluk ghaib.

Filem ini bukanlah masterpiece, tetapi saya rasa ia sebuah filem seram yang cukup seronok sebagai sajian malam Sabtu bersama rakan-rakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s