Five “True Event” Movies That Aren’t Really True

VERSI BAHASA MALAYSIA DI BAWAH. SILA SKROLL KE BAWAH.

based-on-a-true-story

By now, I’m sure most people have come to know about the controversies surrounding OlaBola. While the filmmakers have stated that the movie is only “inspired by true events,” it didn’t stop certain quarters from complaining about its alteration of some historical facts. And now, even the former footballers whose stories inspired OlaBola are getting into the fray, even threatening to file a lawsuit because the movie failed to “respect history.”

Now, I don’t believe anyone in the world has ever been sued successfully for not respecting history. But this post is not to argue who’s right or who’s wrong. Rather, the whole issue made me take a look at some movies that were supposedly “based on true events” but are hardly “true.”

The list of such movies could be endless. I could, for instance, include The Amityville Horror, the remake of which still claims to be based on true events, when the whole Amityville story has long been debunked as a hoax. But I narrow it down to just five.

the-insider

The Insider (1999)

Who doesn’t love this Michael Mann “thriller”, about the 60 Minutes expose of the seedy truth about the tobacco industry? But this film was wrought with controversies.

First of all, 60 Minutes’ Mike Wallace famously declared that he detested the film for its inaccuracies. Secondly, Lowell Bergman, the character played by Al Pacino, had a big disagreement with the way 60 Minutes handled the report, not airing whisteblower Jeffrey Wigand (Russell Crowe)’s interview before the matter went public. When Bergman went public with his version of the story, Wallace and others dubbed him a “traitor.”

According to the PBS website, which ran an interview with Bergman, Wallace and executive producer Don Hewitt said The Insider was “an inaccurate record of events and an unfair characterisation of their respective positions on the decision not to air the Wigand interview.” Did anyone sue the filmmakers? Well, no. All Wallace did was to say that he was “depressed and saddened” by the film.

invictus 3

Invictus (2009)

This is the movie that is perhaps closest to what OlaBola also tries to do, that is, to remind and inspire a nation with what a sport can do to unite a people. In Invictus’ case, it was how South Africa’s rugby team, the Springboks, united all of South Africa during the 1995 Rugby World Cup.

So, what could be wrong with this “true story”? Well, the most prominent matter of all has to do with the title of the movie, which is the title of the William Henley poem that helped Nelson Mandela stay sane and motivated during his long prison term. In the movie, Mandela, played by Morgan Freeman, gave a copy of the poem to Springbok captain Francois Pienaar right before the World Cup tournament started. In reality, Mandela gave Pienaar a copy of Theodore Roosevelt’s The Man in the Arena.

Add to that the unconvincing way the actors portrayed ruggers, and the actual action on the pitch that was criticised for being almost “laughable”.

And the filmmakers omitted the most important issue that was still ongoing at the time of the movie’s release – the New Zealand All Blacks’ claim that they were poisoned by a South African waitress named “Suzie” right before the final match.

fearless

Fearless (Huo Yuan Jia, 2006)

This biopic of one of China’s most important martial artists, Huo Yuan Jia, was a huge hit in China, and popular all over the world because of Jet Li starring in the lead role. It has some exciting action sequences, and a nice theme song by Taiwanese pop star Jay Chou. What’s not to like?

Well, tell that to the Huo family. Even though the movie claimed to be only “loosely based” on the life of Huo Yuan Jia, that didn’t stop one of his descendants, Huo Shoujin, from filing a lawsuit to stop the film’s distribution. The family wasn’t too pleased with the depiction of Huo killing his enemies indiscriminately. Also, in the movie, Huo’s entire family is murdered. Now you see why the family was incensed.

Another liberty that the movie took was showing that the Huo family was rich, when in actual fact, Huo grew up in a family of farmers.

But according to Wikipedia:

In December 2006, a court in Beijing dismissed the case, saying Fearless was an exaggerated and fictitious portrait of Huo Yuanjia but it “contained no defamatory or libelous depictions.”

catch

Catch Me If You Can (2002)

This Spielberg movie openly mixes fact with fiction. The movie even carries a disclaimer, that it is only “inspired by a true story.” Yet everyone from Leo DiCaprio, who plays the conman Frank Abagnale; and Tom Hanks, who plays the FBI agent in pursuit; to even Spielberg himself swore that everything in the movie is accurate. “Every scam he pulls in the movie is what he pulled in real life,” Spielberg even said. Ya, riiight.

Abagnale himself denied that he ever passed himself off as a substitute French teacher. And he never talked to any FBI agent regularly, simply because he didn’t want the FBI to know where he was. In fact, Hanratty, the agent played by Hanks, didn’t exist. He is a purely fictional creation based on a “surrogate father” figure in Abagnale’s biography.

Scriptwriter Jeff Nathanson himself offered that he did not see the story as historical, because no one will ever know the truth except Abagnale. And Abagnale himself admitted that he doesn’t even remember a lot of what he did anymore.

talvar-irfhan

Talvar (2015)

This very intriguing police-procedural, starring Irrfan Khan, is based on the infamous Noida double-murder case. Here’s a film that, like OlaBola, also changed the names of the people involved but remained faithful to much of the actual events. Of course, it also took a few other liberties for dramatic purposes.

In the real-life case, the 14-year-old victim’s name was Aarushi Talwar. In the movie, her name is Shruti Tandon. Aarushi’s parents, who were doctors – a fact retained in the movie – are Rajesh and Nupur, while in the movie, they are Ramesh and Nutan.

In real life, the investigative agency is called the Central Bureau of Investigation, which was changed to the Central Department of Investigation in the movie. The CBI team was led by Arun Kumar, while the CDI team is headed by Ashwin Kumar (played by Irrfan), who is given a subplot about his divorce.

The missing servant who was later found also murdered was Hemraj, and in the movie, he is Khempal.

Name changes and artistic liberties aside, the film also suggests that there was incompetence involved in the investigation by the local police, and that the whole case was marred by office politics and in-fighting by the authorities.

So far, no one has seen any reason to initiate legal action against the filmmakers, not even people in the CBI or local police department. But almost everyone agrees that the film has a humane core and is an indictment of the media and the rumour-mongering public.

 

 

VERSI BAHASA MALAYSIA

Saya pasti ramai yang sudah tahu tentang kontroversi yang melanda filem OlaBola. Walaupun sudah dikatakan yang OlaBola hanya mengambil ilham dari kisah benar pasukan Harimau Malaya, masih ada yang merungut tentang cara OlaBola menukar fakta sejarah. Dan baru-baru ini, para bekas pemain bolasepak negara, yang kisah mereka menjadi ilham untuk OlaBola, turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap filem itu dan ingin menyaman penghasilnya kerana mereka “tidak menghormati sejarah.”

Setahu saya, tidak pernah ada seorang pun di dunia yang berjaya disaman kerana “tidak menghormati sejarah.” Tetapi saya bukan mahu bercakap tentang siapa betul dan siapa salah. Hanya, isu ini telah mengingatkan saya kepada filem-filem yang dikatakan “berdasarkan kisah benar” tetapi tidak berapa “benar.”

Kalau hendak disenaraikan semua, memang terlalu banyak. Seperti filem The Amityville Horror yang hingga ke hari ini dikatakan berdasarkan kisah benar, walaupun kes itu telah dibongkarkan sebagai satu penipuan. Jadi, saya pilih hanya 5 buah filem.

 

The Insider (1999)

Siapa tak minat filem “thriller” arahan Michael Mann ini, tentang pendedahan salahlaku industri tembakau oleh 60 Minutes? Tetapi filem ini penuh dengan kontroversi.

Pertama, Mike Wallace, wartawan 60 Minutes yang terkenal, pernah mengumumkan yang dia benci filem ini kerana mengandungi fakta-fakta yang tidak tepat. Kedua, Lowell Bergman, karakter yang dilakonkan Al Pacino, ada perselisihan faham dengan 60 Minutes, yang dikatakannya tidak patut melengahkan siaran wawancara dengan pemberi maklumat Jeffrey Wigand (Russell Crowe) sebelum isu itu menjadi pengetahuan umum. Apabila Bergman meluahkan kepada umum versinya tentang apa yang sebenarnya berlaku di 60 Minutes, Wallace dan rakan-rakannya menuduhnya sebagai pembelot.

Menurut laman web PBS yang ada temuramah dengan Bergman, Wallace dan penerbit eksekutif Don Hewitt mengatakan bahawa The Insider “tidak memberi gambaran yang tepat tentang apa yang berlaku dan juga tentang mereka yang terlibat dalam keputusan untuk tidak menyiarkan wawancara dengan Wigand itu.” Adakah sesiapa menyaman pembikin filem The Insider? Tiada pun. Wallace hanya mengatakan yang dia rasa “sedih dan tertekan” kerana filem itu.

 

Invictus (2009)

Ini mungkin filem yang paling banyak persamaan dengan OlaBola, dengan kedua-duanya cuba mengingatkan dan menyakinkan seluruh negara tentang bagaimana sukan boleh menyatukan masyarakat. Invictus menceritakan bagaimana pasukan ragbi Afrika Selatan, Springboks, berjaya menyatukan seluruh masyarakat negara itu dalam pertandingan Piala Dunia Ragbi 1995.

Jadi, apa yang tidak betul dengan “kisah benar” ini? Perkara yang paling ketara adalah berkaitan dengan tajuk filem ini, yang mengambil tajuk sebuah puisi oleh William Henley yang telah memberi motivasi kepada Nelson Mandela semasa beliau dipenjarakan. Dalam filem ini, Mandela, yang dilakonkan Morgan Freeman, memberi puisi itu kepada kapten pasukan Springboks, Francois Pienaar, sebelum bermulanya pertandingan Piala Dunia. Tapi sebenarnya, yang diberikan oleh Mandela adalah The Man in the Arena, hasil tulisan Theodore Roosevelt, dan bukan Invictus.

Juga, ramai yang mengatakan bahawa para pelakon tidak berjaya dalam lakonan mereka sebagai pemain ragbi, dan aksi di padang nampak lucu sebab tidak memaparkan dengan tepat bagaimana ragbi dimainkan.

Pembikin filem ini juga sengaja tidak memasukkan fakta yang paling penting tentang peristiwa bersejarah itu yang masih diperdebatkan semasa filem ini ditayangkan di panggung – pasukan All Blacks dari New Zealand telah mendakwa bahawa mereka diracuni seorang pelayan dari Afrika Selatan bernama “Suzie” sebelum perlawanan akhir Piala Dunia.

 

Fearless (Huo Yuan Jia, 2006)

Filem ini adalah biopic mengenai salah seorang pengamal wushu yang paling penting dalam sejarah China, iaitu Huo Yuan Jia. Ia menjadi hit di box-office China, dan juga popular di seluruh dunia kerana dibintangi Jet Li. Aksi wushu dalam filem ini memang mendebarkan, dan lagu temanya digubah dan dinyanyikan oleh bintang terkenal dari Taiwan, iaitu Jay Chou. Bagus, kan?

Tetapi lain ceritanya dengan keluarga Huo. Walaupun telah dikatakan filem ini hanya sedikit berdasarkan kehidupan Huo Yuan Jia, seorang ahli keluarganya, Huo Shoujin, telah menyaman untuk cuba menghentikan pengeluaran filem ini. Keluarga Huo tidak senang dengan cara filem ini menggambarkan Huo Yuan Jia sebagai seorang yang ganas dan kerap membunuh. Dalam filem ini juga, seluruh keluarga Huo dibunuh. Jadi, tidak hairan lah kenapa keluarga Huo sangat marah.

Filem ini juga menunjukkan yang keluarga Huo Yuan Jia dari kelas atasan, tetapi sebenarnya mereka hanya dari golongan petani.

Menurut Wikipedia:

Pada Disember 2006, sebuah mahkamah di Beijing telah menolak kes itu, dan menyatakan bahawa walaupun Fearless itu sebuah fiksyen yang kadang-kadang keterlaluan, ia tidak mengandungi unsur fitnah.

 

Catch Me If You Can (2002)

Filem arahan Spielberg ini sengaja mencampuradukkan fakta dengan fiksyen. Ia juga menggunakan ayat “diilhamkan dari sebuah kisah benar.” Tetapi semua yang terlibat dengan filem ini, dari Leo DiCaprio yang berlakon sebagai penipu terkenal Frank Abagnale, dan Tom Hanks yang memegang watak agen FBI yang memburu Abagnale, hingga ke Spielberg sendiri mengatakan semua yang dipaparkan dalam filem ini adalah tepat. “Semua penipuan yang dilakukan Frank dalam filem ini benar-benar berlaku,” kata Spielberg.

Akan tetapi, Abagnale sendiri pernah menafikan yang dia pernah menyamar sebagai seorang guru pengganti yang mengajar bahasa Perancis. Juga dia tidak pernah sering bercakap dengan mana-mana agen FBI kerana takut FBI akan dapat mencarinya. Hanratty, watak agen FBI yang dilakonkan Hanks, tidak wujud sebenarnya. Watak itu dicipta berdasarkan seorang lelaki dalam biografi Abagnale yang Abagnale anggap seolah-olah bapanya sendiri.

Penulis skrip Jeff Nathanson pernah mengatakan bahawa kisah dalam filem ini bukanlah catatan sejarah, sebab tiada seorang pun boleh tahu apa yang sebenarnya telah berlaku, kecuali Abagnale sendiri. Dan Abagnale juga pernah mengaku yang dia tidak berapa ingat lagi segala yang dialaminya.

 

Talvar (2015)

Filem ini, dibintangi Irrfan Khan, adalah sebuah police procedural yang menarik berdasarkan kes pembunuhan yang pernah berlaku di Noida, India. Seperti OlaBola, ia juga telah menukar nama-nama orang yang terlibat tetapi tidak banyak mengubah fakta-fakta dalam peristiwa itu. Dan ada juga elemen-elemen lain yang ditambah untuk menjadikan filem ini lebih dramatik.

Dalam kes itu, mangsa yang berumur 14 tahun itu bernama Aarushi Talwar. Dalam filem ini, namanya adalah Shruti Tandon. Kedua ibubapa Aarushi adalah doktor, fakta yang dikekalkan dalam filem ini. Tetapi nama mereka ditukar dari Rajesh dan Nupur kepada Ramesh dan Nutan.

Nama sebenar agensi penyiasatan yang terlibat adalah Central Bureau of Investigation (CBI), tetapi ditukar kepada Central Department of Investigation (CDI). Ketua pasukan CBI adalah Arun Kumar, tetapi ketua pasukan CDI ialah Ashwin Kumar. Dalam filem ini ada ditambah subplot mengenai penceraian Ashwin.

Pembantu rumah yang turut terbunuh bernama Hemraj, dan namanya dalam filem ini ialah Khempal.

Selain dari penukaran nama, filem ini juga menunjukkan bahawa polis daerah tidak cekap dalam menyelesaikan kes itu dan menimbulkan masalah kemudian. Penyiasatan juga dipayahkan lagi dengan isu-isu politik dan perselisihan faham antara pihak-pihak berkuasa.

Setakat ini, masih tiada seorang yang mengambil apa-apa tindakan terhadap pembikin filem ini. Pihak CBI dan polis daerah juga tidak menyuarakan apa-apa. Tetapi semua yang telah menonton filem ini setuju yang ia sebuah filem yang penuh belas kasihan. Ia juga mengkritik pihak media dan orang awam yang suka menyebar khabar angin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s