When is a Copy Not a Copy?

15123460_10209686372330163_3649969283368411521_o

VERSI BAHASA MALAYSIA DI BAWAH. SILA SKROLL KE BAWAH.

The picture above has been making its rounds on social media. The still on top is of 2 Worlds, a 60-second spot for Sony’s 3D home entertainment. The one at the bottom is local film Desolasi, coming out this month. Many have noted the similarities, with some claiming plagiarism and others noting that it’s just a coincidence.

I’m not writing this to prove anyone right or wrong, but I was intrigued by the complexity of identifying when something is an homage or tribute, and when something is an outright copy. How do you tell the difference?

As we know, plagiarism is notoriously difficult to prove. Case in point, Spirit’s lawsuit against Led Zeppelin for allegedly plagiarising their tune Taurus for the hit Stairway to Heaven, which took many, many years to settle.

But I’m not here to talk about how to win a lawsuit. You can read about that here at Plagiarism Today. I thought of three situations where “copying” might happen.

Homage or Tribute

This has been used many times as an excuse when one is caught stealing somebody else’s work. “It’s an homage” is like a set of magic words to absolve one of the sin of copyright infringement. If you make a horror movie and at the end of your movie, a female ghost crawls out of a TV set, that’s hardly an homage. I once saw the trailer for this local horror movie (which shall remain unnamed because I have no money to hire a lawyer should I be dragged to court for defamation) where there’s a scene of things suddenly crashing down onto the floor in a house. It was clearly copying a scene from one of the Paranormal Activity films.

flash-copy

An homage is like Star Wars, for example, which is a tribute to the classic sci-fi serials of the 1930s and 1940s, such as Flash Gordon. Even the full title, Star Wars Ep. IV: A New Hope, sounds like a serial from that era. And the fact that its simplistic space opera-style storytelling is designed for 12-year-olds.

It’s normally a style or a form that is paid homage to.

Inspired by

Everyone’s inspired by someone else. That’s the inescapable truth. No one can achieve greatness without standing on the shoulders of giants. And so, Star Wars was inspired by Kurosawa Akira movies, namely The Hidden Fortress. Kurosawa, in turn, was inspired by Hollywood westerns. And coming full circle, Sergio Leone was inspired by Kurosawa – his A Fistful of Dollars is an adaptation of Yojimbo. And then there was The Magnificent Seven that was a remake of Seven Samurai, as was animated feature A Bug’s Life.

Round and round it goes, where it stops, nobody knows.

the_gladiator_1920x1080

Take a look at Ridley Scott’s Gladiator. Its similarities to Ben-Hur (the classic, not the remake!) have long been noted. Both are about a revered figure who is betrayed, made a slave, then finds redemption and revenge. Gladiator was obviously inspired by the so-called sword-and-sandals epics of yore, notably by Ben-Hur. But you can hardly accuse Ridley Scott and his scriptwriters of stealing from Ben-Hur, because Gladiator has an altogether different thing to say with its story about what happens when a man has nothing left to lose. Judah Ben-Hur, on the other hand, didn’t lose everything like Maximus did.

Using familiar tropes

This is also sometimes about adopting a genre, and sometimes overlaps with paying an homage. Quite simply, it’s like The Matrix trilogy using familiar tropes found in sci-fi anime. It has everything from Ghost in the Shell, Evangelion and Akira, to the all-too-familiar post-apocalyptic cityscape and black leather-clad characters. In fact, bullet-time has been attributed to Katsuhiro Otomo of Akira. But The Matrix has its own story to tell, inspired by Simulacra & Simulacrum, the philosophy book by Jean Baudrillard.

OUT OF THE PAST / BUILD MY GALLOWS HIGH

Take a look also at the noir genre. Many of its tropes have been adopted over and over. Blade Runner is a sci-fi neo-noir with a hardboiled detective and a femme fatale, and yes, shadows and cigarette smoke. Closer to home is Dain Said’s upcoming Interchange, a noir fantasy thriller also with a hardboiled detective and a femme fatale. They are different stories and themes using the same tropes to tell their tales. Both are fatalistic as required by the noir genre, but both are also mixtures of genres. They have the same kind of visual elements, but you can hardly call them copycats.

ADDENDUM

Now, when it comes to movie posters, it’s an even more frustrating deal trying to determine who copied whom, or not at all. Someone has already done a lot of comparisons, and you can have a look at a great collection of similar-looking posters here. It’s really quite amazing. Here’s an example below:

backs2

Lastly, someone pointed this out in the Movie Addict group (20,000 members at last count!) on Facebook:

15179023_659495450898420_8708912516066768098_n

But I think maybe they forgot about this movie:

karate-kid-crane-kick

Nah, it’s just for laughs.

VERSI BAHASA MALAYSIA

Gambar di atas telah banyak dikongsi di laman sosial baru-baru ini. Gambar di atas sekali adalah dari 2 Worlds, sebuah klip 60 saat untuk mempromosikan barangan home entertainment 3D Sony. Yang di bawah adalah filem Desolasi yang bakal ditayang di panggung bulan ini. Ramai yang berdebat tentang persamaan antara dua gambar itu. Adakah ia plagiarisme atau kebetulan?

Bukan tujuan saya di sini untuk membuktikan siapa betul atau siapa salah. Tetapi saya amat tertarik dengan betapa rumitnya keadaan apabila kita cuba untuk menentukan adakah sesuatu itu sebuah homage ataupun kes kecurian.

Plagiarisme memang sesuatu yang amat susah untuk dibuktikan. Contohnya, kes saman kumpulan Spirit terhadap Led Zeppelin yang didakwa mencuri idea dari lagu Taurus untuk lagu hit Stairway to Heaven. Kes itu mengambil masa yang sangat lama untuk diselesaikan.

Tetapi saya bukan hendak bercakap tentang bagaimana untuk menang kes saman di mahkamah. Saya dapati ada tiga situasi di mana “meniru” itu mungkin berlaku.

Memberi penghormatan

Ini sesuatu yang selalu digunakan sebagai alasan apabila seseorang itu didapati telah mencuri idea orang lain. “It’s an homage”seolah-olah kata-kata yang ajaib yang sekaligus boleh menghilangkan tuduhan pelanggaran hak cipta. Jika anda menghasilkan sebuah filem seram di mana pada penghujungnya, hantu perempuan merangkak keluar dari TV, itu nyata sekali bukan homage. Saya pernah tonton trailer untuk sebuah filem horror tempatan (saya tidak mahu nyatakan tajuknya sebab saya bukan kaya dan tak mampu mengupah peguam jika di saman) di mana barang-barang dalam sebuah rumah semuanya tiba-tiba jatuh ke lantai. Ia kelihatan sangat meniru scene dari salah satu filem Paranormal Activity.

Satu contoh homage atau penghormatan adalah Star Wars, yang memberi penghormatan kepada siri-siri fiksyen sains klasik dari era 1930an dan 1940an seperti Flash Gordon. Tajuk penuhnya, Star Wars Ep IV: A New Hope, juga meniru gaya siri-siri dari era itu. Juga, cara penceritaannya yang sangat mudah sengaja dibuat untuk tontonan kanak-kanak.

Selalunya, penghormatan diberi kepada sesuatu gaya atau bentuk.

Diilhamkan oleh

Setiap karya dipengaruhi karya lain. Kita tidak boleh lari dari kenyataan ini. Itulah yang dimaksudkan oleh “standing on the shoulders of giants.” Star Wars telah mendapat ilham dari filem-filem Kurosawa Akira, terutamanya The Hidden Fortress. Kurosawa pula mendapat ilham dari filem-filem koboi Hollywood. Ironinya, pengarah filem western tersohor, Sergio Leone, mendapat ilham dari karya Kurosawa. A Fistful of Dollars adalah adaptasi filem Yojimbo. The Magnificent Seven pula adalah remake Seven Samurai. Begitu juga dengan filem animasi A Bug’s Life.

Ia seolah-olah satu bulatan.

Lihat pula pada filem Gladiator arahan Ridley Scott. Persamaannya dengan Ben-Hur (yang original, bukan remake yang baru) telah lama diperkatakan. Kedua-duanya tentang orang yang ternama yang dikhianati, kemudian menjadi hamba abdi, dan akhirnya dapat membalas dendam dan menebus segalanya. Ternyata Gladiator mendapat ilham dari filem-filem epik lama, apa yang dipanggil “sword and sandals” (pedang dan selipar). Tetapi tidaklah betul kalau kita menuduh Ridley Scott dan penulisnya mencuri idea dari Ben-Hur. Gladiator mempunyai tujuan dan tema yang berlainan dengan ceritanya mengenai apa yang sanggup dilakukan seseorang yang telah hilang segalanya di dunia. Judah Ben-Hur pula tidak kehilangan segalanya seperti yang berlaku kepada Maximus.

Menggunakan elemen-elemen yang sudah jadi kebiasaan

Ini ada persamaan dengan penggunaan genre, dan kadangkala bertindih dengan “Memberi penghormatan.” Contohnya, trilogi The Matrix menggunakan elemen-elemen yang sudah menjadi kebiasaan dalam anime fiksyen sains. The Matrix menggunakan apa yang boleh didapati dalam Ghost in the Shell, Evangelion dan Akira, dan juga pemaparan kota post-apocalyptic dan pemakaian baju kulit berwarna hitam. “Bullet time” juga diilhamkan dari idea-idea Katsuhiro Otomo, penulis Akira. Tetapi The Matrix ada kisahnya yang tersendiri yang diilhamkan dari buku falsafah Simulacra & Simulacrum oleh Jean Baudrillard.

Lihat juga pada genre filem noir. Banyak elemen-elemen noir telah digunakan dalam berbagai filem. Blade Runner adalah sebuah filem noir-baru fiksyen sains yang menampilkan seorang penyiasat yang sinis dan seorang perempuan cantik yang menyusahkannya (femme fatale). Tidak kurang juga elemen noir seperti bayang-bayang dan asap rokok dalam filem itu. Dan lebih dekat dengan tanahair adalah filem Interchange arahan Dain Said yang bakal ditayang di panggung minggu ini. Ia sebuah filem noir fantasi thriller yang juga menampilkan seorang detektif sinis dan seorang femme fatale. Kedua-dua filem ini mempunyai cerita dan tema tersendiri yang dikisahkan dengan menggunakan elemen-elemen filem noir. Kedua-duanya mengenai maut dan takdir yang sudah menjadi kebiasaan genre noir, tetapi kedua-duanya adalah hasil gabungan pelbagai genre. Elemen visual mereka adalah sama, tetapi ia bukan meniru.

NOTA AKHIR

Bila kita bercakap tentang poster filem, keadaan menjadi lebih rumit lagi. Kadang-kadang persoalan siapa yang meniru siapa langsung tidak dapat dijawab. Ada orang yang sudah membuat perbandingan antara berbagai poster, dan anda boleh melihatnya di laman ini. Anda akan terkejut. Contoh dibawah:

backs2

Dan baru-baru ini, ada orang membuat perbandingan yang di bawah, dalam group Movie Addict di Facebook:

15179023_659495450898420_8708912516066768098_n

Tetapi saya rasa, mungkin mereka sudah lupa tentang filem ini:

karate-kid-crane-kick

Jangan marah. Gurau je.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s